Friday, August 10, 2012

Unta - Haiwan Yang Dinyatakan di dalam Al Quran dan Sunnah


Unta (bahasa Inggeriscamel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genusCamelus, iaitu:
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilahunta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam familiCamelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika SelatanLlamaAlpakaGuanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).
Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu: selapis bulu halus yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2kilogram) bulu setahun.
Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.