Susu Unta

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.” (Surah al Mu’minun ayat 21) 

Unta sememangnya terkenal sebagai haiwan ternakan dan tunggangan di kawasan padang pasir. Ia membekalkan daging, kulit dan susu yang menjadi sumber kehidupan terutamanya masyarakat badwi di tanah arab dan juga di negara-negara seperti India, China dan sebagainya.

Susu unta jauh lebih berkhasiat dari susu lembu dan susu kambing. Susu unta mengandungi lemak dan kolesterol yang rendah, kaya dengan zat besi, pottasium dan mineral. Maklumat ini diperolehi dari satu kajian dan pembentangan kertas kerja di Sidang ke 5 Keselamatan Makanan Antarabangsa di Dubai, yang dijalankan pada 22 - 25hb Februari 2010 di Dubai International Convention and Exhibition Centre.

Susu unta mempunyai rasa manis dan tajam, tetapi kadang-kadang mempunyai rasa masin dan berair.

Semakin banyak anak yang dilahirkan. semakin tinggi kualiti susu yang terhasil dari unta tersebut. Susu unta mempunyai fungsi menghindarkan pembiakan mikrob. Susu unta tidak perlu dimasak hingga mendidih dan boleh terus diminum. Susu unta ini sebaiknya diminum perlahan-lahan bagi memudahkan pencernaan oleh usus.

Susu unta mengandungi 1.8% - 3% lemak, kandungan tenaga yang tinggi sehingga 400kjl bagi setiap segelas susu, vitamin C dan niacin yang lebih tinggi dari susu lembu. Ia juga mengandungi lebih vitamin A, B2, Asid Folik dan Asid Panthontenic.

Susu unta juga mempunyai hayat yang lebih panjang berbanding susu lembu atau kambing. Lactoferin dan Immunoglobulin juga lebih tinggi dari susu lembu. Susu unta yang telah disejukkan tidak akan masam atau berkulat dan ia mampu mempercepatkan luka dalaman.